Jika kami boleh bersidang atas talian, mengapa tidak ahli parlimen kita?
ChallengerMY, Undi18, dan LigaRakyatLRD secara sepakat memperkenalkan Parlimen Digital: sebuah platform yang menghimpun 222 belia untuk 2 hari bagi berdebat, berbincang dan meluluskan rang undang-undang/ polisi.
Apa itu Parlimen Digital?
“Parlimen Digital” adalah satu inisiatif yang menghimpunkan seramai 222 orang belia selama 2 hari bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan rang undang-undang atau dasar melalui satu platform khas.
-
Tujuan
Memberi ruang dan saluran kepada anak muda menyuarakan pendapat dan menyatakan perspektif mereka mengenai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan
-
Tumpuan
Dasar tentang krisis COVID-19, pasca-COVID-19 serta membincangkan topik-topik kepentingan negara terutama yang berkait rapat dengan keadaan semasa
-
Bila?
4 & 5 Julai 2020 ini!
-
Ikuti Kami
Kami ada di Twitter, Facebook & Instagram.